Sunday, March 8, 2009

10 Peringatan Bumi

Berkata Anas bin Malik R.A. : sesungguhnya setiap hari bumi menyeru manusia dengan 10 perkara:

1. Hai anak Adam! Berjalanlah di atas perutku, tetapi ingatlah! engkau akan masuk ke dalamnya kelak.

2. Engkau melakukan maksiat di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan diazab di dalam perutku.

3. Engkau ketawa di atas perutku, tetapi ingatlah! engkau akan menangis di dalam perutku.

4. Engkau bergembira di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan kecewa di dalam perutku.

5. Engkau mengumpul harta di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan menyesal di dalam perutku.

6. Engkau makan benda haram di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan dimakan oleh ulat di dalam perutku.

7. Engkau angkuh di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan dihina di dalam perutku.

8. Engkau berlari dengan riang di atas belakangku, tetapi ingatlah! engkau akan jatuh di dalam perutku dalam keadaan dukacita.

9. Engkau hidup di dunia bersiramkan cahaya matahari, tetapi ingatlah! engkau akan tinggal dalam kegelapan di dalam perutku.

10. Engkau hidup di atas belakangku beramai-ramai, tetapi ingatlah! engkau akan berseorangan di dalam perutku.

Sumber : http://muhdhisham.blogspot.com/

0 comments: