Saturday, May 30, 2009

Sedikit Renungan....

Dipetik Dari Saudara Pali

“Nah, cuba makan buah kana ni. Buah ni Rusa kalau dapat kecur air liur dia. Wangi!” pelawa pakcik Yaakob pada kami semasa jungle tracking semasa musim buah durian.

Kami mengambil seorang sebiji, dengan lafaz Bismillah dan yakin, terus menggigit tanpa was-was. Sekali gigit, Aduh Masamnya!

“Jangan dibuang, terus kunyah!” arah Pakcik Yaakob yang menggalas senapang itu. Mana tahu kot2 ada rusa katanya. Pakcik Ad yang dari tadi menghisap rokok daun hanya tersenyum melihat muka kami berkelat2

Ada rakan yang tak tahan, lalu terus meluahkan dan meludah ke langit.

HOH! RUGI! tempik beberapa orang kawan yang sudah mencuba lebih awal.

Bagi beberapa rakan selepas beberapa kunyahan, tiba2 rasa masam dan kelat itu bertukar kepada rasa wangi dan manis. Hilang rasa masam & kelat buah kana itu! Subhanallah! Sedapnya!

“Kan, enak kalau boleh tahan lama sikit.” kata Pakcik Yaakob sambil menghulur lagi buah kana.

“Em2, Nasib baik kami dengar tadi. Hehe.” kata kami sambil mengambil beberapa biji buah kana sebelum meneruskan tracking di hutan bukit serdang itu.

Bak kata orang, biarlah kita merasa pahit pada awalnya, biar susah dahulu.....kemudian kita akan merasa kemanisan kejayaan...

0 comments: