Thursday, July 30, 2009

Buat Cerita Dengan Tiga Gambar

.....
Xda apa2 pun...just nk kongsi satu cerita yg dicipta dr 3 keping gmbar...kisahnya dicipta oleh haikal...

......

Tiada Dialog...Dialognye disekat...hohoho
...nk tau dialog? tanyalah haikal...



p/s: ada motif ke 3-3 gmbr nih?

Sunday, July 19, 2009

Israk Mikraj

Aku google2 td...then aku tertarik ngan satu page nih...die wat dlm bentuk point2...so senang nk bc...jd aku copy paste...untuk simpanan aku...

1. Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.

ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A. S. menerima wahyu daripada Allah;

iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A. S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.

iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S. iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

5. Selepas Mikraj

Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat." (Surah Al-Israa': Ayat 1). wallahua'lam..

Linux Sucks

Aku tertarik ngan tajuk...provoke people...

Klik Sini

Saturday, July 18, 2009

Celcom Yang Sengal

Uhuk2....Sekarang celcom da sengal skit....Dulu aku guna Plan Celcom Blue....Then 02/07/09 aritu aku switch dr Celcom Blue ke XPax...Then aku teringat,kalo XPax, just ada 8pax je...tp aku tgk iklan,ada 15pax...aku pun call r Celcom Careline,1111....Dia kata nk guna 15Pax, kena taip 15PAX ON and then send to 28882....aku pun wat r....Kadar die mcm nie:

15pax (Allnetwork can be registered in our 15pax)
-1/2 sen per SMS (Same Network)
-6 sen per SMS (Other Network)
-12 sen per Min (All Network)

Other than no. in 15pax
-10 sen per SMS (All Network)
-38 sen per Min (All Network)

-> News

Tp, yg sengal nye,kat aku jd prob skit...da aktifkan 15pax,and da masukkan 14 nombor....huhu kadar aku still same...10sen per SMS...hoho, aku pun call r 1111 lagi,tany and then wat report....

1st Call : hmm,mybe 1/7/09 kot....die kata tggu 24jam...pas tuh mybe akan aktif 15pax tuh

2nd Call: da 24jam, mybe 2/7/09 mlm kot....aku call...die kata die akn wat report...die pun taip aduan aku then send r kat pihak dier tu kan...hoho...dia kata dlm 3-7 hari bekerja baru aduan aku diproses...

3rd Call: da dlm 5 hari bekerja kot xpun 7 hari bekerja,aku call lg...dia kata tgh proses...tggu lg 4-5 hari...so....aku pun tggu r....

4th Call: aduh, 18/7/09...da dekat 2 mggu lebih tuh....masalah aku still x selesai lg....aku tny die, aduan aku da start proses ke br nak start? die kata aduan aku ngah diproses...Die kata hrtu status aduan aku Dispatched...then skrg dh Forward...mksudnye di'forward'kn pd pihak/bahagian lain kot untuk siasat masalah aku...huhu..lamanye...ni yg panas....

Mcm mana aku tak sibuk ttg tuh, sepatutnya 1 SMS kat no 15pax, 1/2 sen je...tp aku hntr msj kat 15pax...x kiralah sape...Fendi ke,Haikal ke,Ikhsan ke...still 10 sen...aduh..sakit duh...9.5 sen aku rugi untuk satu SMS...

Hmm, patut r aku rasa pelik...die kata pertukaran pertama untuk pelan,x dicaj...pertukaran kali kedua dicaj RM5...wktu first time aku tukar dr Celcom Blue ke XPax...FOC(Free Of Charge)...then aku tukar lak dr XPax ke 15Pax...sepatutnya kena caj RM5...tp aku cek baki,x caj pun....HOHO

Sangatlah Bengang + Panas!!!!

Sunday, July 12, 2009

Project Decided...Proposal Will Be Submitted...

Hoho, Group kami dh decide nk wat Team Project apa....kami bercadang membuat firewall...actually, bukan buat firewall...tp just aplikasikn firewall....hmm, cmna nk kata ek...

Klah,aku bg scenario.....ada 2 laptop, Ubuntu OS.....switch....satu laptop will act as main laptop/server (kot)...satu g user....user tu akan connect ke main laptop sebelum dia dpt access tenet or connect ke network lain....main laptop tuh adalah firewall kami....semua data yang flow through the laptop will be filter...firewall tuh jugak akan determined which IP/Mac address are allowed to access to other side of firewall,which website can it access and so on....

Itu adalah perancangan kami,slps berbincang-bincang dengan Kak Aty...dia bgtau idea dier, and kami akn develop benda tuh...yg susahnya, main laptop tuh, kena ada dua port (xtau lah,port kot)...mksud aku,dua IP address...satu IP address akan connect ngan network luar and satu g akan connect ke network yg lain....yg menyebabkan susah tuh sb nnti kena smbung wayar2, nk connect kan switch...nk setting2....tp software yg kami guna,mmg dh sedia ada dlm ubuntu...firestater namanya..

Tp,papepun...semua bergantung pada Dr Aman...ptg nih kami br nk hntr proposal...bincang dgn dier...tny cmna....bleh ke kami buat..dibenarkan tak...guna software yg sedia ada...just aplikasi penggunaann....and so on...

Saturday, July 11, 2009

Project...Projek...

hoho...isnin ni dh kena hntar proposal untuk group projek t..esk kami bincang lain then terus wat proposal...

mintak pndpt senior security,dia kata tgk software2/progam2 yg ada source code skali dlm tenet....hmm, igt nk wat cmtuh gak...cr 2-3 program then gabungkn...

ada senior cdgkn firewall,buat firrewall guna ubuntu...xtau r cmna....esk die bgtau secara basic....huhu

so skrg, ngah pikir2...

1->buat mcm senior tu kata,cari software2/progam2 kt tenet yg ada sekali source code....jumpa 2-3 program,then gabung...huhu

2->firewall,

3->virus

4->software mcm ccleaner..clear browsing history and cookies or pape track kita kt comp..

5->lain2,hoho

hmm, esk jumpa dlm gorup then aku nk cdgkan, kalo no 1 tuh,x best sgt coz bukan kita yg develop and buat...firewall pun best gak...virus..hmmm,xtau ah...group amer nk wat virus...so xnk r group aku pun buat gak....so, aku cdg:

-security tool > firewall > detect/prevent network intruder > detect connected pc/computer on the network > check their IP/MAC address > remote access/control their computer > hmm,or retrieved and check their history or wht they doing on da computer

Tuesday, July 7, 2009

Security...CST233

Haha,i'm back....hmm, 12 o' clock just now, we had our first lecture for CST233,our major...hmm,the lecturer is Dr Aman Jantan....He brief us about the course and also about the assignmnet...hoho, when i hear the explanation...i found out that this subject is quite interesting....

in this semster, we will have 3 individual assignmnet and 1 group project...what we need to do for individual assignmnet is create a white paper about the given topic...the topic is consist the first three chapter for assignmnet 1 and so on.....hmm, i have heard about the white paper because i'm always login to techrepublic.com....and sometimes if the topic is interesting,i will download it and save for reference....hmm, i think it will be ease my research and work to complete my assignmnet...

for group project, there is only one project...we need to create/develop software or program about security either software to hack or antivirus or whatever about security...wah,sound interesting...huhu we need to submit our project proposal by this coming monday...thats mean we have to start think about a project now...the problem is we still dun know our level and what can we do or create yet...is it compulsory for use to use a specific programming language or not...hoho mybe if we aim to develop high project and lastly we cannot manage to complete it,it will just wasting time and effort....

My group members is Me,Diana,Hana and one Senior named Rita...There is 4 members so what we need to do is develop a software with 4 module...hoho what on my mine is something like:

-> Tools to Hack network
-> Bypass Firewall and Admin Rights

Hoho,it sound lame and old fashion right? huhu...and maybe a tool to completely hide our MAC and IP address but we still can surf the internet and reveal others MAC and IP address....or maybe we can look and gone through other computer to steal data or information...

Ehhmm, mybe like i said before...tool to hack...what i mean is, we create a tool that can detect and block intruder in our network that want to access our computer and then counter back...mybe send viruses or hack them....encrypt their file and hide it...or whatever,because what had i observe and read is,for someone that use hacking tool and try to hack or learn it,they risk their own system and computer...so we can use this opportunity to beat them back....hahaha, ammar...beware...:P

Argh, i dunno what software we can develop and what can we do...huhu...Mybe my Aim is 'War to The Network Student'...hahaha Azri,prepare to be attack...mybe...owh, i'm having a daydream...hoho...Berangan la aku nih...papepun, kena develop satu software gak...pape je lah...asal ada...tp xnak lah terlalu ringkas and predictable...

Sunday, July 5, 2009

Kepulangan Yang Berhormat Tan Sri Azri Dari India

Pagi nih, dkt2 kul 7 kot.....ketibaan Yang Berhormat Tan Sri Azri Hafiz dari India.....
dia kata die busy,so dia xkn bukak blog...hoho

"Wah...sejak biler Aurox_3d jd tan sri?"

Ye,sejak die kuar USM n then dpt 'offer' g India....dia smbung study kat India selama 24x60x60=......saat...hahaha....pg td br fly dr India blik USM guna private jet....(zul kata dia guna private jet)....fuiyooo....sambung PHD kat sini katanya...Master dh amik kat INDIa...

Klah,saje je....aku xtau nk post apa.....today is the first day of my third sem....huhu bermulalah kehidupan penjara bak kata izwan....ye ye,agk betul disitu...hohoxpa2,lets do our best....hahaha aku kata "lets do our best"...x kira lah kalo korg 19jam main,4jam tdur n 1jam blaja pun...asalkan itu the best korg...hahaha.....xda lah...agk insaflah..ada la insaf skit2...tp insaf pun kalo kita tak berubah,sama gak....huhu khas ditujukan pada aku....

Td ngah online YM,satu perkara ajaib berlaku...haha...rumate lama aku...cik paan_superhebat...(itu e-mail dier)...tetiba YM aku...agk kehairanan disitu....jika anda kata saya adalah pendiam (jikalah,hahaha...maksud saya kalau..), maka dia adalah lg pendiam...sifat dia agk pelik...aku pun heran r dier...dier kat bilik je pendiam....kat kelas bising gak kdg2...sama je ngan aku...kat kelas pun bising...tp kat bilik,mesti senyap..huhu tp aku kagum sifat dier...kwsn katil dier,OK...mksud aku...x mcm katil aku...huhu...mesti bwh berhabuk n katil xkemas...ya,seperti sekrg di USM...hoho pape pun byk g sikap dier yg positif...huhu...dah nk dkt kul 8...kena siap2...ammar n zul nk g kul 8:30 katanya,\....

Misteri Roomate Baru

Hahaha...saje nk wat tajuk cmtuh....

actually skrg aku dah ada kat usm.....kami sem nih bilik lain2......sumer satu cos ngan aku,xda yg sebilik...paling dekat pun bilik sebelah-sebelah....

aku g dftar bilik, then bila masuk bilik.....ada brg2 kat dlm bilik tuh...kira dh ada org la kan....tp xjumpa g saper....zul lak,aku lepak bilik dier, tp dier xda rumate g....huhu....kira rumate baru r...kemisterian rumate baruku....

agak2 budak mana ek? budak tua (maksud aku budak lama r....xkira r budak tahun dua or budak final year) ke?.....or budak cos lain....aduh....amatlah x best kalo budak kos lain....waduh2.....

aku skrg kat cc....setakat nih baru aku ngan zul je kat usm...azri dh bertolak semalam rasanya, mesti dh sampai gak....khsan fendi esok....huhu....haikal on da way.....werm da sampai ke penjara IK dier....

wokey dokey...adios!!!!